awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mahu pastikan jerebu tidak berulang tahun ini

Bernama
Bernama
18/01/2016
14:35 MYT
Indonesia mahu pastikan jerebu tidak berulang tahun ini
Jokowi sewaktu melawat titik panas iaitu kawasan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu serantau pada tahun lalu. - Gambar fail
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan semua pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencegah masalah pembakaran hutan dan ladang di negara itu mulai sekarang.
Beliau berkata kerajaan tidak mahu kejadian kebakaran hutan dan ladang secara terbuka yang mengakibatkan pencemaran jerebu di rantau ini tahun lepas tidak berulang.
Katanya pihak berkuasa harus bersiap sedia menghadapi bencana kebakaran hutan dengan lebih awal serta menjadikan aktiviti pencegahan sebagai keutamaan dalam gerak kerja masing-masing.
Laporan media dalam talian tempatan hari ini memetik Jokowi sebagai berkata kerajaan telah membentuk Badan Restorasi Gambut bagi menjalankan aktiviti memelihara hutan serta memastikan masalah kebakaran hutan dan ladang tidak berulang pada tahun ini.
Di samping itu, presiden itu turut mengarahkan semua pihak berkuasa peringkat daerah termasuk tentera dan polis supaya turun ke lapangan dan membuat pemantauan.
"Jangan tunggu waktu hingga berminggu-minggu, berbulan-bulan. Jangan hanya memantau dari belakang meja. Saya minta lihat dan turun ke lapangan," katanya.
Jokowi juga menegaskan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan ladang secara terbuka supaya ia menjadi pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Indonesia menghadapi bencana kebakaran hutan dan tanah gambut yang serius selama lebih empat bulan sejak Julai tahun lepas dengan sesetengah daerah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) luar biasa sehingga 2,000.
Negara-negara jiran termasuk Malaysia turut dilanda pencemaran jerebu dengan bacaan ditahap berbahaya sehingga sesi persekolahan di beberapa negeri terpaksa ditangguh untuk beberapa waktu.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Joko Widodo
#pembakaran hutan
#pencegahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan