awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia pindahkan dua keluarga, tiga warganya pilih kekal di Gaza

Bernama
Bernama
13/11/2023
06:32 MYT
Indonesia pindahkan dua keluarga, tiga warganya pilih kekal di Gaza
Pemindahan pertama membabitkan keluarga Abdillah Onim iaitu seorang rakyat Indonesia dengan tiga anaknya serta isteri berketurunan Palestin dari Bandaraya Gaza. -Kementerian Luar Negeri Indonesia
JAKARTA: Indonesia berjaya memindahkan dua keluarga dari Semenanjung Gaza, sementara tiga warganya masih tinggal berhampiran Hospital Indonesia di utara Gaza.
Tiga individu berkenaan merupakan sukarelawan dari Jawatankuasa Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia dan memilih untuk kekal berada di sana, menurut Menteri Luar Retno Marsudi.
"Bagaimanapun, kementerian akan terus berhubung dengan mereka dan wakil MER-C di Jakarta bagi memastikan kesejahteraan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Retno berkata keluarga Hussein, iaitu sepasang suami isteri dan dua anak mereka telah berjaya dipindahkan dari Selatan Gaza pada Ahad.
Mereka kini berada di Mesir bersama pasukan pemindahan Kedutaan Besar Indonesia di Mesir dan akan dibawa ke Kaherah sebelum dihantar pulang ke Indonesia.
Menurut Retno, proses pemindahan keluarga itu mengambil masa yang agak lama kerana nama mereka pada mulanya tidak termasuk dalam senarai.
Meskipun nama mereka telah dimasukkan dalam senarai, proses pemindahan mengalami kelewatan kerana pintu sempadan ditutup.
"Proses yang lama ini sekali lagi menunjukkan bahawa pemindahan itu sukar, tetapi kami terus berusaha sebaik mungkin," katanya.
Pemindahan pertama membabitkan keluarga Abdillah Onim iaitu seorang rakyat Indonesia dengan tiga anaknya serta isteri berketurunan Palestin dari Bandaraya Gaza. Mereka tiba di Indonesia pada 3 Nov.
Ramai warganegara asing meninggalkan Semenanjung Gaza setelah kawasan terkepung itu mengalami kemusnahan akibat serangan udara dan darat rejim Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Indonesia
#Palestin
#MER-C
#Retno Marsudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan