awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia rancang eksport jagung ke Malaysia, Filipina dan Vietnam

Bernama
Bernama
13/01/2023
00:50 MYT
Indonesia rancang eksport jagung ke Malaysia, Filipina  dan Vietnam
Arief Prasetyo Adi, Ketua Badan Makanan Nasional Indonesia. - Foto Facebook
JAKARTA: Indonesia merancang untuk mengeksport jagung ke Malaysia, Filipina dan Vietnam tahun ini, kata Ketua Badan Makanan Nasional Arief Prasetyo Adi.
Beliau berkata Indonesia menjangka akan mengeksport 200,000 tan jagung ke pasaran Asia Tenggara pada suku pertama tahun ini, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sebelum ini, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto dilaporkan berkata Presiden Joko Widodo mahu produktiviti jagung dipertingkatkan dengan membuka ladang baharu dan menanam benih yang berkualiti.
Airlangga berkata arahan itu berdasarkan pertimbangan potensi tanaman jagung.
Tahun lepas, pengeluaran jagung Indonesia mencecah 34.4 juta tan.
Kerajaan juga bercadang melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kecekapan aktiviti rantaian bekalan jagung bermula daripada penuaian, proses selepas tuaian, penyimpanan dan pengangkutan serta pengedaran melalui pelaksanaan inovasi dan teknologi pertanian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#eksport jagung
#pasaran Asia Tenggara
#Arief Prasetyo Adi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan