awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein

Indonesia sahkan dua lagi kes varian Omicron

Bernama
Bernama
18/12/2021
06:34 MYT
Indonesia sahkan dua lagi kes varian Omicron
Pelajar sekolah memakai topeng pelitup muka sambil menunggu untuk menerima dos vaksin COVID-19 di sebuah sekolah di Jakarta, Indonesia, 15 Julai 2021. - Gambar fail REUTERS
JAKARTA: Indonesia mengesan dua lagi kes varian Omicron menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak tiga kes, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Dua kes baharu itu melibatkan lelaki berusia 42 tahun yang tiba dari Afrika Selatan dan lelaki berusia 50 tahun dari Britain, dikaitkan dengan lima kes disyaki Omicron yang diumumkan pada Khamis.
"Kes itu dikesan menerusi pemeriksaan khas S-Gene Target Failure yang dijalankan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan pada 14 hingga 15 Dis.
"Agensi itu mengesan varian Omicron ke atas dua orang yang menjalani kuarantin wajib 10 hari di hospital Wisma Atlet selepas pulang dari luar negara," kata jurucakapnya Dr Siti Nadia Tarmizi.
Kementerian mengesan kes Omicron pertama pada petang Rabu melibatkan seorang pekerja di Wisma Atlet, pusat isolasi terbesar negara itu terletak di Jakarta Utara.
Dr Siti Nadia merayu kepada orang awam untuk terus berwaspada dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara kerana kes COVID-19 di Amerika Syarikat, Eropah dan di negara-negara Afrika masih tinggi.
"Amat penting bagi kita untuk melindungi orang sekeliling, supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19, terutamanya varian Omicron," katanya.
Indonesia menjadi pusat pandemik COVID-19 di Asia dengan 54,000 kes jangkitan direkodkan pada pertengahan Julai tahun ini, tetapi kini kes jangkitan terus menunjukkan trend penurunan.
Semalam, 291 kes baharu COVID-19 direkodkan, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 4,260,148.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian omicron
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.