awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tidak masuk campur siasatan terhadap rakyatnya - Polis Indonesia

Bernama
Bernama
16/02/2017
12:50 MYT
Indonesia tidak masuk campur siasatan terhadap rakyatnya - Polis Indonesia
Polis Indonesia tidak campur tangan dalam siasatan terhadap wanita pemegang pasport negara itu yang ditahan berkaitan kematian Kim Jon-nam. - Gambar REUTERS/Darren Whiteside
Polis Indonesia tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap wanita pemegang pasport negara itu yang ditahan berkaitan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis republik itu Boy Rafli Amar berkata Indonesia menghormati proses undang-undang di Malaysia dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa negara berkenaan.
Kementerian Luar mengesahkan wanita yang ditahan itu, dikenali sebagai Siti Aishah, adalah rakyat Indonesia.
"Dari aspek perundangan, selagi tidak ada permohonan bantuan, kami menghormati proses hukum yang dijalankan terhadap warga negara kita di negara lain," katanya kepada pemberita seperti yang dipetik media dalam talian hari ini.
BACA: Kedutaan Indonesia ingin berjumpa Siti Aishah untuk sahkan identitinya
BACA: Wanita kedua dalam kes bunuh Jong-Nam pegang pasport Indonesia
Kim Jong-nam yang dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970, sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Isnin lalu apabila dikatakan seorang wanita menyerkup mukanya dengan kain mengandungi cecair beracun. Dia mati dalam perjalanan ke hospital Putrajaya.
Selain Siti Aishah, polis turut menahan wanita pemegang pasport Vietnam.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kementerian luar malaysia
#SITI AISHAH
#Trigustono Supriyanto
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan