awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
MPBC himpun lebih 250 ahli perkukuh hubungan Malaysia-Pakistan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Industri minyak dan gas UK sambut baik rundingan gencatan senjata Asia Barat

Bernama
Bernama
24/06/2025
12:02 MYT
Sponsor Banner
Industri minyak dan gas UK sambut baik rundingan gencatan senjata Asia Barat
Konflik antara dua kuasa serantau itu menimbulkan kebimbangan yang Iran mungkin menutup Selat Hormuz, laluan laut strategik yang menjadi laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia. - Adobe Stock
LONDON: Sektor minyak dan gas United Kingdom (UK) menyambut baik perbincangan mengenai gencatan senjata di Asia Barat, menurut ketua badan perdagangan tenaga luar pesisir, lapor PA Media/dpa.
Dengan Offshore Energies UK (OEUK) memulakan persidangan tahunannya di Aberdeen pada Selasa, Ketua Eksekutif Kumpulan industri itu, David Whitehouse, menyatakan yang harga minyak menunjukkan penurunan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran pada malam sebelumnya, yang jika dilaksanakan akan menamatkan 12 hari serangan udara antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata negaranya bersetuju dengan gencatan senjata dua hala itu dengan kerjasama Tehran.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pula menyatakan negaranya akan menghentikan serangan balas jika Israel menghentikan serangannya.
Namun begitu, Israel terus mengeluarkan amaran mengenai serangan peluru berpandu balistik dari Iran pada pagi Selasa, sambil meneruskan serangan udara di Iran.
Dalam temu bual bersama program radio BBC "Good Morning Scotland", Whitehouse berkata "perkembangan di Asia Barat memberi kesan besar di peringkat global.
"Ada elemen kemanusiaan yang nyata di situ, ramai warga Scotland bekerja di Asia Barat disebabkan sektor minyak dan gas domestik kita.
"Keadaan yang tidak menentu - saya fikir ramai orang berasa lega mendengar berita mengenai gencatan senjata itu semalaman."
Konflik antara dua kuasa serantau itu menimbulkan kebimbangan yang Iran mungkin menutup Selat Hormuz, laluan laut strategik yang menjadi laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia.
Whitehouse berkata "memang benar kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas dunia melalui Selat Hormuz dan sebarang gangguan di situ akan membawa kesan besar.
"Tetapi harga minyak sebenarnya kekal agak stabil dan kita melihat penurunan semalaman."
Ketua Eksekutif itu berkata industrinya akan terus berpandangan yang "keselamatan tenaga adalah keselamatan negara", sambil menyatakan UK kini mengimport jumlah tenaga paling tinggi dalam sejarah.
Kerajaan UK mesti menyokong sektor minyak dan gas serta sektor tenaga boleh diperbaharui bagi "mengembalikan nilai sebenar kepada ekonomi," katanya.
Industri minyak dan gas UK sekian lama menggesa kelulusan lesen baharu di Laut Utara serta perubahan terhadap cukai keuntungan luar biasa .
Kerajaan UK dijangka mengumumkan dasarnya pada musim luruh selepas dua rundingan besar.
Laporan terkini daripada OEUK menyatakan, dengan dasar yang menyokong, Laut Utara mampu menghasilkan separuh daripada keperluan minyak dan gas UK kini menuju sasaran sifar bersih menjelang 2050.
Persidangan OEUK di Aberdeen disambut protes oleh aktivis iklim Extinction Rebellion, yang menuduh syarikat minyak melakukan " kempen alam sekitar palsu dan melobi bahan api fosil dalam politik Scotland."
Sebahagian aktivis berpakaian seperti "Dalek" dan memegang muncung petrol sebagai "senjata pemusnah".
--BERNAMA-PA MEDIA/dpa
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#industri minyak dan gas
#gencatan senjata
#Iran
#Israel
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami