BEIJING: Industri perkhidmatan perisian dan teknologi maklumat China mengekalkan pertumbuhan dua angka dari segi hasil dan keuntungan pada separuh pertama tahun ini, lapor Xinhua memetik data rasmi.

Hasil gabungan sektor ini mencapai 5.52 trilion yuan (kira-kira AS$773.78 bilion) dalam tempoh itu, melonjak 14.2 peratus tahun ke tahun, menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat.

Jumlah keuntungan syarikat dalam sektor itu mencecah 617 bilion yuan, meningkat 10.4 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Secara khususnya, hasil pengkomputeran awan dan perkhidmatan data melonjak 16.5 peratus tahun ke tahun kepada 551.5 bilion yuan, dan hasil perkhidmatan platform e-dagang meningkat 6.1 peratus tahun ke tahun kepada 476.2 bilion yuan dalam tempoh yang sama.

Data itu juga menunjukkan bahawa hasil yang dijana daripada produk dan perkhidmatan keselamatan maklumat berjumlah 85.6 bilion yuan, meningkat 10.8 peratus daripada tempoh yang sama pada 2022.

--BERNAMA-XINHUA