awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini 'hidangan mewah' seekor anjing, makan duit tunai AS$4,000

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2024
13:24 MYT
Ini 'hidangan mewah' seekor anjing, makan duit tunai AS$4,000
Anjing bernama Cecil (kanan) itu dilapor menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548) - Foto/REUTERS
INI mungkin 'hidangan' yang paling mewah untuk seekor anjing milik sepasang suami isteri di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Manakan tidak, anjing bernama Cecil itu dilapor menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548).
Berkongsi detik tersebut, Carrie Law berkata kejadian berlaku pada 8 Disember lalu, selepas suaminya Clayton Law membawa pulang wang tunai yang dikeluarkan dari sebuah bank, lapor Reuters.
Wang simpanan tersebut dikeluarkan bagi bayaran projek pengubahsuaian belakang rumah pasangan itu.
Sebaik pulang, Carrie berkata suaminya meletakkan sampul surat berisi wang kertas AS$50 dan AS$100 di kabinet dapur.
Selepas 30 minit, lelaki itu kembali semula ke dapur dan terkejut apabila melihat anjing peliharaan mereka telah mengunyah wang tersebut.
Carrie menambah, anjing baka Goldendoodle yang berusia tujuh tahun itu tidak pernah berlakuan sedemikian sebelum ini.
.
Cebisan wang kertas yang dikunyah oleh anjing terbabit - Foto/Reuters
Begitupun, risau dengan keadaan anjing berkenaan, pasangan terbabit menghubungi doktor haiwan jika perlu membawanya untuk rawatan.
Walaupun wang tersebut kebanyakan hampir menjadi cebisan, pasangan terbabit bernasib baik kerana pihak bank akan menggantikan wang kertas yang masih memiliki nombor siri.
Topic Berkaitan
#Anjing makan duit
#Anjing bernama Cecil
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan