Skip to main content

Dunia

'Ini perang Amerika' - Iran tegas AS pikul tanggungjawab cetus perang di Asia Barat

FILE PHOTO: Iran's Foreign Minister Abbas Araghchi addresses a special session of the Conference on Disarmament at the United Nations, aside of U.S.-Iran talks in Geneva, Switzerland, February 17, 2026. REUTERS/Pierre Albouy/File Photo
Abbas Araghchi (foto) berkata kehadiran besar-besaran tentera AS di Teluk menjadikan peningkatan konflik sesuatu yang sukar dielakkan. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap peperangan yang melanda Asia Barat, sambil menyifatkan konflik itu sebagai “perang Amerika”.

Dalam temu bual eksklusif bersama Al Jazeera, Abbas Araghchi menafikan dakwaan bahawa Iran menyasarkan orang awam, sebaliknya mempertahankan tindakan ketenteraan Tehran sebagai langkah balas dendam yang sah.

Advertisement

Beliau berkata kehadiran besar-besaran tentera AS di Teluk menjadikan peningkatan konflik sesuatu yang sukar dielakkan.

Abbas Araghchi turut memberi isyarat mengenai kemungkinan pelaksanaan peraturan baharu bagi navigasi melalui Selat Hormuz, laluan minyak paling kritikal dunia, sambil menegaskan bahawa Iran tidak berminat dengan gencatan senjata sementara.

Sebaliknya, beliau mahu penyelesaian peperangan secara kekal demi kestabilan jangka panjang rantau itu.

Kenyataan tegas itu hadir ketika siri serangan udara Amerika-Israel ke atas Iran terus berlanjutan — tindakan yang menurut Abbas Araghchi hanya memburukkan keadaan dan memberi implikasi global.

Beliau mendakwa penglibatan langsung Washington dalam menyokong operasi ketenteraan Israel telah menutup ruang diplomasi dalam jangka pendek.

Must Watch Video