KUALA LUMPUR:Teknologi merupakan antara faktor utama pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa mengakibatkan gelombang baharu COVID-19 di negara itu.
Menurut bekas Ketua Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand, Robert Peden, meskipun pilihan raya itu dilaksanakan mengikut garis panduan sedia ada, tanggungjawab rakyat menjadi faktor penentu kejayaannya.
"Rakyat di New Zealand keluar mengundi sepertimana mereka keluar ke tempat awam, mereka masih mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan seperti diwajibkan mengguna cecair pencuci tangan dan mengimbas suhu dan sebagainya.
"Mereka juga disarankan untuk mengguna pakai aplikasi pengesan COVID-19, bagi memudahkan kerja pengesanan kontak rapat pada kemudian hari.
“Bagaimanapun, mereka boleh meminta kawan-kawan atau saudara-mara anda untuk mengundi bagi pihak mereka. Namun, cara itu hanya boleh diguna pakai bermula sesi pilihan raya tahun ini," jelas beliau.
Selain itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand turut menyediakan perkhidmatan mengundi kepada mereka yang berada dalam tempoh kuarantin.
“Misalnya, mereka baru sahaja tiba dari luar negara dan memerlukan pengasingan diri selama 14 hari. Pihak kami akan menggunakan kaedah 'telephone dictation'.
“Biasanya, perkhidmatan itu kami laksanakan kepada mereka yang buta atau mempunyai masalah penglihatan,” jelas Peden pada Rabu.
Bagaimana pula dengan isu keselamatan jika menggunakan 'telephone dictation'?
Sebaik Peden mendedahkan kaedah tersebut, Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann sebagai hos temu bual secara siaran langsung menerusi Facebook Bersih 2.0 itu khuatir dengan keselamatannya.
Namun, Peden menjelaskan bahawa ia dilaksanakan mengikut kaedah keselamatan sama yang sering dilalui sebelum mendaftar akaun emel yang baharu.
“Mereka perlu menjawab soalan-soalan keselamatan bagi mengesahkan identiti mereka itu benar atau tidak.
“Sebagai contoh, siapakah nama ibu bapa mereka, soalan-soalan peribadi yang hanya mereka sahaja tahu jawapannya,” tambah beliau.
BACA: Jacinda Ardern menang besar, ini lima faktor yang memihak kepada Parti Buruh
BACA: Jacinda Ardern menang besar
Tiada panduan khas bagi sesi berkempen di New Zealand
Dalam pada itu, Peden mendedahkan tiada sebarang syarat ditetapkan ketika berkempen.
Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab pemimpin parti itu sendiri yang perlu memikirkan keselamatan pihak mereka dengan mengikut garis panduan COVID-19 sedia ada.
“Jadi, ia bukan tanggungjawab pihak kami untuk menetapkan syarat-syarat sewaktu berkempen. Ia sebenarnya terserah kepada pihak pemimpin parti itu sendiri untuk menganjurkan kempen dengan cara mereka sendiri.
“Namun, garis panduan COVID-19 itu sahajalah yang menjadi panduan buat mereka sepanjang berkempen,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann Menerusi Facebook Bersih 2.0 pada malam Rabu bagi berkongsikan panduan hari mengundi yang berjaya dilaksanakan di New Zealand tanpa wujudnya gelombang baharu.
Sebagai rekod, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu pada 17 Oktober lalu.
Kebanyakan undi sudah dikira dan Parti Buruh Ardern telah memenangi 49 peratus undi dan dijangkakan beliau akan menang dengan mendapat majoriti mutlak dalam Parlimen negara itu - sesuatu yang jarang berlaku.
Faris Danial Razi
Sat Oct 31 2020
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu pada 17 Oktober lalu. - Reuters
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Arwah buat kejutan beri hadiah telekung hari jadi ibu
Sepasang telekung berwarna merah jambu menjadi kenangan pemberian terakhir Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni kepada ibunya.
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.
Malaysia, New Zealand bincang usaha kukuhkan hubungan dua hala
Malaysia dan New Zealand hari ini membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang yang melibatkan kepentingan bersama.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Sonny Bill Williams bertemu pelajar MCKK
Beberapa pelajar kemudian mempersembahkan haka di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.
New Zealand hantar pasukan ke Laut Merah
New Zealand pada Selasa mengumumkan negara itu akan menghantar pasukan pertahanan enam anggota ke Asia Barat bagi melindungi keselamatan maritim di Laut Merah.
Penyelidik New Zealand menilai bahaya tsunami guna teknik pemodelan baharu
Pasukan penyelidik telah membangunkan kaedah baharu yang inovatif untuk menjalankan penilaian bahaya tsunami dengan menggunakan New Zealand sebagai kajian kes.
Christopher Luxon angkat sumpah Perdana Menteri ke-42 New Zealand
Bekas ketua syarikat penerbangan Christopher Luxon secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 42 New Zealand.
New Zealand umum pembentukan kerajaan campuran
Tiga parti politik New Zealand pada Jumaat mengumumkan pembentukan kerajaan campuran baharu selepas rundingan berminggu-minggu.