MERAIH 49 peratus daripada undi keseluruhan, kemenangan Parti Buruh yang diterajui Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam pilihan raya umum yang baru selesai sememangnya sudah dijangka.

Namun mendapat majoriti mutlak dalam Parlimen negara itu ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku.

Berikut merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemenangan besar Arden pada pilihan raya kali ini:

1) Ardern mahu peluang untuk meneruskan usaha mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti

New Zealand antara negara yang berjaya menghentikan penularan COVID-19. Ia hanya mencatat 25 kes kematian daripada populasi 5 juta penduduknya.

2) Karisma dan daya kepimpinan

Kredibiliti Ardern berjaya  memberi kelebihan, terutama sekali dengan kejayaan menangani pelbagai krisis sepanjang tiga tahun lalu.

Ia termasuk tragedi tembakan oleh pelampau kulit putih di Christchurch, yang mengorbankan 51 nyawa selain menangani krisis bencana gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa.

3) Keprihatinan dan empati

Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, kehadiran Ardern ketika memberi penghormatan kepada keluarga mangsa korban serangan Christchurch menarik perhatian global.

Lebih menarik perhatian, Arden mengenakan selendang menutup kepalanya ketika menziarahi keluarga mangsa terlibat sebagai tanda hormat kepada komuniti Islam.

Jacinda Arden mengenakan seledang menutup kepalanya ketika menziarahi keluarga mangsa serangan Christchurch sebagai tanda hormat kepada komuniti Islam.



4) Kebijaksanaan

Ardern mendapat pujian atas kebijaksanaannya dalam menentukan rang undang-undang negara dalam membela rakyat.

Ia termasuk memperkenalkan peraturan baharu senjata api.

Peraturan baharu itu menyaksikan New Zealand melarang serta-merta raifal semi-automatik ala tentera selepas insiden tembakan di dua buah masjid di Christchruch pada Mac 2019.


5) Seorang ibu dan pemimpin yang hebat

Pada tahun 2018, Ardern telah melakar sejarah sebagai pemimpin dunia pertama yang menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bersama bayinya.

Ardern muncul bersama anak perempuannya yang berusia tiga bulan di PBB sebelum memberi ucapan di sidang kemuncak perdamaian Nelson Mandela.

Jacinda Ardern melakar sejarah sebagai pemimpin dunia pertama yang menghadiri Mesyuarat Agung PBB bersama bayinya.