awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Capitol: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2021
02:40 MYT
Insiden Capitol: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri
Trump berkata, tumpuannya sekarang beralih kepada memastikan peralihan kuasa yang teratur dan lancar. - Gambar fail
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dilihat mengalah kepada bakal presiden Joe Biden dengan mengecam penyokongnya yang bertindak ganas menyerang Capitol Hill.
Dalam mesej terbaharunya, Trump mengakui bahawa kongres telah mengesahkan keputusan akhir pilihanraya presiden tempoh hari dan pentadbiran baru akan dilancarkan pada 20 Januari ini.
Kata Trump, tumpuannya sekarang beralih kepada memastikan peralihan kuasa yang teratur dan lancar. “Saya ingin mulakan dengan mengecam serangan keji terhadap Capitol Amerika Syarikat.
“Seperti semua rakyat Amerika, saya sangat marah dengan keganasan, pelanggaran undang-undang dan kekacauan. Saya telah segera mengerahkan Pengawal Nasional dan penguatkuasa undang-undang persekutuan untuk mengamankan bangunan dan mengusir penceroboh,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Twitter.
pic.twitter.com/csX07ZVWGe
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 8, 2021
Tambah Trump, Amerika Syarikat perlu selalu menjadi negara yang mengambal undang-undang dan memperjuangkan ketenteraman.
“Para penunjuk perasaan yang menyusup ke Capitol telah mencemarkan kerusi demokrasi Amerika. Kepada mereka yang melakukan keganasan dan kemusnahan, anda tidak mewakili negara ini,” tegas Trump.
Bagaimanapun Trump tidak mengulas mengenai peranannya menghasut seperti yang didakwa ramai pihak dalam serangan di Capitol Hill pada Rabu.
“Kepada rakyat Amerika, menjadi presiden anda adalah satu penghormatan sepanjang hayat buat saya dan kepada semua penyokong saya yang hebat, saya tahu anda kecewa, tetapi saya juga ingin anda tahu bahawa perjalanan luar biasa kita baru bermula,” kata Trump.
Dalam kejadian pada Rabu, ratusan penyokong Trump mencetuskan rusuhan dan menceroboh bangunan Capitol.
Tindakan itu julung kalinya pernah terjadi dan ditayangkan secara langsung di televisyen.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#keganasan
#presiden
#Penunjuk perasaan
#Capitol Hill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan