Skip to main content

Dunia

Insiden feri Selat Lombok: Mangsa meningkat ke 212

In this image made from video released by the Indonesian National Search and Rescue Agency (BASARNAS), the crew of a rescue ship look on as smoke billows from a passenger ferry that caught fire while traveling from the tourist island of Bali to neighboring island of Lombok, in the waters of Lombok Strait, Indonesia, Wednesday, Aug. 12, 2026. (BASARNAS via AP)
Kebakaran di KMP Putri Yasmin dilaporkan berlaku pada 4.15 pagi waktu tempatan ketika kapal itu sedang belayar dari Pelabuhan Padang Bai di Bali ke Pelabuhan Lembar di Nusa Tenggara Barat. - Gambar fail/AP
Advertisement

JAKARTA: Jumlah mangsa kebakaran feri penumpang KMP Putri Yasmin di Selat Lombok, Indonesia meningkat kepada 212 selepas 39 orang lagi dibawa ke darat.

Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Mataram berkata angka terbaharu itu terdiri daripada 211 orang yang terselamat dan seorang penumpang yang disahkan meninggal dunia.

Agensi itu memaklumkan 39 orang telah dipindahkan dari tempat kejadian oleh KMP Parama Kalyani, yang tiba di Pelabuhan Lembar pada kira-kira 9.40 malam waktu tempatan pada Rabu.

Mangsa telah dibawa ke pusat kawalan untuk pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut.

“Sinergi dan penyelarasan antara pelbagai pasukan di lapangan terus diperkukuh untuk memastikan semua mangsa menerima bantuan segera dan optimum,” menurut agensi itu di media sosial.

Kebakaran di KMP Putri Yasmin dilaporkan berlaku pada 4.15 pagi waktu tempatan ketika kapal itu sedang belayar dari Pelabuhan Padang Bai di Bali ke Pelabuhan Lembar di Nusa Tenggara Barat.

Pejabat SAR Mataram menerima laporan kecemasan pada 4.39 pagi. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan melibatkan kapal penyelamat dan bot serta pengawasan udara, dengan kapal yang beroperasi di kawasan sekitar turut membantu dalam pengungsian.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement