awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Jeju Air disifat nahas udara terburuk di Korea Selatan

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2024
22:45 MYT
Insiden Jeju Air disifat nahas udara terburuk di Korea Selatan
Penyiasat kebakaran berkata, pesawat itu hancur akibat letupan sehingga amat sukar untuk dikenal pasti. - Foto X/@theinformant_x
SEOUL: Insiden pesawat Jeju Air yang tergelincir hingga mengorbankan 179 nyawa pada Ahad disifatkan sebagai nahas udara terburuk di Korea Selatan.
Pesawat membawa 175 penumpang dan enam kru itu dilaporkan tergelincir dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara itu.
Ratusan keluarga yang berkumpul di lapangan terbang tersebut menangis dan berpelukan selepas pihak bomba mengumumkan nama-nama mangsa yang maut.
Menurut pihak bomba, kemalangan itu berpunca daripada kerosakan gear pendaratan yang mungkin disebabkan oleh serangan burung dan cuaca buruk.
Namun Kementerian Pengangkutan berkata, siasatan terperinci mengenai punca sebenar nahas itu mungkin mengambil masa sehingga tiga tahun memandangkan pesawat itu dihasilkan di luar negara.
Pesawat Boeing 737-800, yang terbang dari Bangkok itu, diberi amaran mengenai serangan burung oleh menara kawalan semasa percubaan pertamanya mendarat sejurus selepas pukul 9:03 pagi (waktu tempatan).
Beberapa minit kemudian, juruterbang mengeluarkan amaran ‘Mayday’ tetapi ia cuba mendarat semula tanpa gear pendaratannya diaktifkan.
Menara kawalan mengarahkan pesawat mendarat ke arah bertentangan di landasan 19.
Kata pegawai bomba, juruterbang mengikut arahan tetapi pesawat itu melanggar peralatan navigasi di atas tanah sebelum merempuh tembok penghadang.
Pemangku Presiden, Choi Sang Mok mengisytiharkan zon bencana khas di Muan ekoran insiden itu.
Pengisytiharan itu akan membantu mewujudkan pembiayaan kerajaan pusat untuk kerajaan tempatan dan mangsa.
Penyiasat kebakaran berkata, pesawat itu hancur akibat letupan sehingga amat sukar untuk dikenal pasti.
Menurut seorang pegawai dari Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT) Korea Selatan, alat perakam penerbangan dan kotak hitam pesawat itu sudah ditemui.
Dua kru penerbangan wanita yang diselamatkan sejurus selepas kejadian sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#Nahas
#rempuh tembok
#Lapangan Terbang Antarabangsa Muan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan