awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Siam Paragon: Kembar usia 5 tahun hilang ibu buat selamanya

Gempak
Gempak
05/10/2023
01:45 MYT
Insiden Siam Paragon: Kembar usia 5 tahun hilang ibu buat selamanya
Seorang wanita warga tempatan bertindak berani dan mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan sepasang kembar berusia 5 tahun berkenaan selepas ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir. - Foto Gempak
KES tembakan rambang yang berlaku di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, Thailand pada Selasa mendapat liputan meluas dalam kalangan pengamal media seluruh dunia.
Selain media, netizen di media sosial turut berbicara mengenai tragedi yang menyayat hati itu.
BACA: Tiga maut, empat cedera kena tembakan rambang di Siam Paragon
Salah satu hal yang menjadi sorotan netizen adalah kisah pasangan kembar perempuan yang kehilangan ibu mereka buat selamanya.
Mangsa yang merupakan pelancong dari China itu merupakan salah satu korban yang ditembak di kepala ketika kejadian yang menyayat hati itu.
Menerusi laporan laman web Thaiger, seorang wanita warga tempatan bertindak berani dan mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan sepasang kembar berusia 5 tahun berkenaan selepas ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Kejadian itu dikongsikan wanita Thailand itu di media sosial.
“Cerita sedih hari ini. Saya melarikan diri daripada kekecohan yang berlaku di Siam Paragon. Saya kemudian bertembung dengan kembar China. Ibu mereka telah ditembak dan mereka tidak dapat mencari ibu mereka.
“Saya cuba lakukan segalanya untuk tolong, termasuk berkomunikasi dengan mereka menggunakan aplikasi terjemahan. Tetapi bateri telefon saya hampir mati, tinggal 1 peratus sahaja. Mereka tanya saya adakah ibu mereka sudah meninggal dunia. Tetapi saya kata tidak. Saya cuba tenangkan mereka.
“Saya bawa mereka berjumpa dengan seorang polis dan ada pegawai polis memberitahu yang ibu pasangan kembar itu sudah meninggal dunia.
“Saya menangis sebab saya kasihan kepada kembar ini. Mereka tidak sepatutnya melalui perkara seperti inii. Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan,” tulisnya.
Menurut laporan yang sama, wanita dari negara China itu ditembak di tandas tingkat bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Terdahulu, seorang remaja 14 tahun ditahan kerana menjadi suspek terhadap tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon, sehingga meragut tiga nyawa.
Topic Berkaitan
#Siam Paragon mall
#tembakan
#wanita thailand
#kembar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan