Skip to main content

Dunia

Iran beri amaran sekatan maritim AS boleh cetus penutupan Selat Hormuz, laluan air lain

AS menuntut Iran menghentikan serangan terhadap kapal komersial dan menjamin kebebasan pelayaran menerusi Selat Hormuz, sementara Tehran pula menegaskan pergerakan kapal di laluan air strategik sepanjang pesisirannya perlu dikawal selia menerusi mekanisme yang ditadbir Iran. - Gambar fail Reuters
AS menuntut Iran menghentikan serangan terhadap kapal komersial dan menjamin kebebasan pelayaran menerusi Selat Hormuz, sementara Tehran pula menegaskan pergerakan kapal di laluan air strategik sepanjang pesisirannya perlu dikawal selia menerusi mekanisme yang ditadbir Iran. - Gambar fail Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memberi amaran pada Sabtu bahawa sekatan maritim Amerika Syarikat (AS) yang berterusan boleh menyebabkan Selat Hormuz dan laluan air strategik lain ditutup, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan yang disiarkan penyiar kerajaan IRIB, Mohammad Bagher Zolghadr berkata, “provokasi” berterusan AS bukan sahaja akan menyebabkan laluan menerusi Selat Hormuz semakin terhad, malah boleh mengakibatkan laluan maritim penting lain ditutup.

Beliau memberi amaran bahawa kesan tindakan Washington akan ditanggung oleh “ekonomi global, pasaran tenaga dan pengundi Amerika,” dipercayai merujuk kepada pilihan raya Kongres AS pada November ini ketika kenaikan harga dan peperangan yang tidak mendapat sokongan menjadi antara isu utama.

Advertisement

Pada 14 Julai, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengumumkan penguatkuasaan semula sekatan maritim terhadap Iran atas arahan Presiden Donald Trump.

Ketegangan antara AS dengan Iran meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila Washington melancarkan serangan ke atas Iran, manakala Tehran bertindak menyasarkan kemudahan dan aset ketenteraan AS di rantau itu.

Advertisement

AS menuntut Iran menghentikan serangan terhadap kapal komersial dan menjamin kebebasan pelayaran menerusi Selat Hormuz.

Tehran pula menegaskan pergerakan kapal di laluan air strategik sepanjang pesisirannya perlu dikawal selia menerusi mekanisme yang ditadbir Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement