DUNIA
Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel, gesa kembali ke meja rundingan

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Sabtu memberi amaran bahawa penglibatan Amerika Syarikat dalam serangan berterusan Israel ke atas Iran akan menjadi "amat malang" dan "sangat berbahaya untuk semua pihak". - Gambar fail/AP
ANKARA: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Sabtu memberi amaran bahawa penglibatan Amerika Syarikat dalam serangan berterusan Israel ke atas Iran akan menjadi "amat malang" dan "sangat berbahaya untuk semua pihak", menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberi amaran bahawa penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik Iran-Israel adalah sangat berbahaya dan perlu dielakkan.
- Beliau menegaskan Iran bersedia untuk berunding secara damai, namun serangan mesti dihentikan terlebih dahulu.
- Araghchi mendakwa Israel menolak usaha diplomatik, manakala serangan kedua-dua pihak telah mengorbankan ratusan nyawa di Iran dan Israel.
Menteri itu turut mendakwa Israel menolak usaha diplomatik, dengan berkata: "Israel jelas menentang diplomasi."
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa penghentian permusuhan merupakan prasyarat kepada sebarang kemajuan diplomatik.
Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Pihak berkuasa Israel berkata sekurang-kurangnya 25 orang telah terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat serangan peluru berpandu Iran sejak itu.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel telah mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 lagi di Iran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami