awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pendaki Brazil maut terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Indonesia
MALAYSIA
Kota MADANI di Presint 19 bukan 'Putrajaya kedua'
MALAYSIA
Pegawai kewangan rugi lebih RM4 juta ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran dakwa 23 individu terlibat kegiatan pengintipan untuk Israel

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
07:42 MYT
Sponsor Banner
Iran dakwa 23 individu terlibat kegiatan pengintipan untuk Israel
Seramai 23 individu didakwa oleh pendakwa raya Iran di wilayah Khuzestan atas tuduhan mengintip untuk Israel dan menyebarkan propaganda terhadap republik itu. -Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Seramai 23 individu didakwa pihak pendakwa raya di wilayah Khuzestan, Iran atas tuduhan mengintip untuk Israel.

Ringkasan AI
  • Seramai 23 individu didakwa oleh pendakwa raya Iran di wilayah Khuzestan atas tuduhan mengintip untuk Israel dan menyebarkan propaganda terhadap republik itu.
  • Tiga individu telah dihukum mati di wilayah Urmia atas kesalahan pengintipan, menjadikan sekurang-kurangnya enam hukuman mati sejak operasi ketenteraan Israel bermula pada 13 Jun.
  • Lebih 700 individu telah ditahan dalam tempoh 12 hari terakhir atas dakwaan terlibat dalam kegiatan pengintipan untuk Israel, dalam usaha kerajaan Iran memperhebat tindakan keselamatan dalam negeri.

Menurut laporan agensi berita Tasnim, kesemua suspek didakwa terlibat dalam aktiviti subversif termasuk mengumpul maklumat untuk musuh serta menyebarkan propaganda terhadap republik itu ketika kerajaan memperhebat tindakan keselamatan dalam negeri.
Setakat ini, dakwaan terhadap suspek belum dapat disahkan secara bebas oleh media antarabangsa atau pertubuhan hak asasi manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Iran dilaporkan telah melaksanakan hukuman mati terhadap tiga individu yang didapati bersalah atas kesalahan pengintipan di wilayah Urmia pada Isnin, menjadikan sekurang-kurangnya enam orang telah dihukum mati sejak operasi ketenteraan Israel bermula pada 13 Jun lalu.
Pihak kehakiman Iran turut mengumumkan bahawa lebih 700 individu telah ditahan dalam tempoh 12 hari lepas atas dakwaan terlibat dalam kegiatan pengintipan untuk Israel.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Khuzestan
#pengintip Israel
#sebar propaganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami