awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pendakwa raya mohon perintah halang Na'imah urus aset di Jersey
DUNIA
Keutamaan utama IAEA untuk kembali ke kemudahan nuklear Iran - Grossi
MALAYSIA
Pemuda didakwa tumbuk, gigit dada anggota polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran gantung tiga lelaki didakwa mengintip untuk Israel - Mizan

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
03:20 MYT
Sponsor Banner
Iran gantung tiga lelaki didakwa mengintip untuk Israel - Mizan
Pelaksanaan hukuman ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel. - Gambar hiasan
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran telah melaksanakan hukuman gantung terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah mengintip untuk agensi perisikan Israel, Mossad, menurut laporan agensi kehakiman negara itu, Mizan Online.
Antara yang dihukum mati ialah Majid Mosayebi, yang didakwa cuba menyalurkan maklumat sensitif kepada Mossad.
Hukuman itu dilaksanakan selepas Mahkamah Agung Iran mengesahkan sabitan dan hukuman mati ke atasnya.
Dua lagi individu yang turut dihukum mati ialah Pedram Madani dan Mohsen Langarneshin, masing-masing dituduh terlibat dalam pemindahan maklumat sulit, pertemuan dengan ejen Mossad di luar negara, serta membantu operasi sabotaj terhadap kepentingan pertahanan Iran.
Menurut Mizan, Madani pernah mengunjungi wilayah yang diduduki Israel dan menerima bayaran dalam bentuk euro serta mata wang kripto sebagai ganjaran.
Langarneshin pula dikaitkan dengan pembunuhan seorang kolonel Pengawal Revolusi Iran pada 2022 serta serangan ke atas tapak industri pertahanan di Isfahan.
Pihak berkuasa Iran menyatakan bahawa semua tertuduh menjalani proses perbicaraan penuh sebelum hukuman dijalankan.
Namun, kumpulan hak asasi manusia antarabangsa terus menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan sistem kehakiman Iran dan dakwaan penyeksaan untuk mendapatkan pengakuan.
Pelaksanaan hukuman ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel, termasuk siri serangan balas yang berlarutan sejak pertengahan Jun.
Topic Berkaitan
#hukuman gantung
#Mossad
#mengintip
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami