awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan
DUNIA
Harga beras Jepun turun bawah AS$27 bagi setiap 5kg buat kali pertama sejak Mac
DUNIA
Jepun mula pemeriksaan TB untuk pra-ketibaan warga asing tinggal lebih 3 bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar

Agensi
Agensi
23/06/2025
17:08 MYT
Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar
Sebelum ini, ada laporan yang memetik ada ancaman terhadap pangkalan Udara Al Udeid di Qatar sejak tengah hari Isnin. - AP
DOHA: Iran dilaporkan melancarkan enam peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Qatar.
AFP melaporkan, letupan boleh didengari di seluruh Doha termasuk di bandar Lusail pada malam Isnin, sejurus selepas Qatar mengumumkan untuk menutup ruang udaranya berikutan serangan AS ke atas Iran.
Saksi awam juga memberitahu tentang melihat 'lintasan cahaya di langit malam', sementara siren mula kedengaran di lokasi yang dipercayai diserang.
Amaran keselamatan turut dilaporkan berada di tahap tertinggi buat masa ini.
Perkembangan itu adalah susulan ancaman Iran untuk membalas serangan AS ke atas tapak nuklearnya, lapor Reuters.
Agensi berita itu turut melaporkan saksi mendengar bunyi letupan di sekitar Doha, mencetuskan kebimbangan berhubung potensi ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk.
Sebelum ini, ada laporan yang memetik ada ancaman terhadap pangkalan Udara Al Udeid di Qatar sejak tengah hari Isnin.
Namun, tiada pengesahan atau maklumat terkini berhubung ancaman berikut.
Sementara itu, Reuters turut melaporkan bahawa sistem pertahanan udara di pangkalan udara Ain al-Asad di Iraq telah diaktifkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan.
Kementerian Pertahanan Qatar dalam kenyataan berkata, pihaknya bersedia sepenuhnya untuk menangani sebarang ancaman yang mungkin timbul.
Qatar juga memaklumkan bahawa tiada yang terkorban dilaporkan setakat ini susulan serangan terhadap pangkalan tentera AS tersebut.
Topic Berkaitan
#letupan
#peluru berpandu
#Iran
#pangkalan tentera
#Qatar
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami