awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran lulus undang-undang hijab kontroversi

Bernama
Bernama
21/08/2023
15:28 MYT
Iran lulus undang-undang hijab kontroversi
Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa, memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian. - AP
TEHRAN: Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian yang ketat telah diluluskan oleh jawatankuasa parlimen khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.
Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa, memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.
Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih EUR5,000 (US$5,450). Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir dari negara itu. Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.
Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.
Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.
Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang
#hijab
#kod berpakaian
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan