TEHRAN: Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata negaranya bersedia untuk membekalkan gas asli kepada dunia, termasuk Eropah.
Berucap pada sidang kemuncak keenam Forum Negara Pengeksport Gas (GECF) di Doha, Qatar, pada Selasa Raisi berkata sebagai antara pemegang rizab gas asli terbesar dunia, Iran mempunyai kapasiti untuk membekalkannya untuk dunia.
Beliau turut menyeru komuniti antarabangsa menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pasaran tenaga global, lapor Anadolu.
Ini adalah lawatan luar negara keempat Raisi sejak memegang jawatan Ogos lalu dan kunjungan pertamanya ke Qatar.
Raisi berkata, Iran berupaya meningkatkan pengeluaran gas asli dan melaksanakan projek penting dalam sektor minyak dan gas dengan menggunakan kepakaran dan sumber domestik.
Beliau berkata, sekatan yang dikenakan tidak lagi berkesan dan menggesa kerjasama lebih erat dalam kalangan negara pengeksport gas untuk mengabaikan sekatan.
Kenyataan itu dibuat Raisi di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan Barat berhubung krisis Ukraine.
Harga minyak pada Selasa mencecah AS$100 setong, tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun. Niaga hadapan gas asli Eropah juga membimbangkan, meningkat lebih 13 peratus, apabila Rusia membekalkan lebih satu pertiga daripada penggunaan gas di benua itu.
Sementara itu, Menteri Minyak Iran Javad Oji dalam satu temu bual di televisyen berkata di sebalik penggunaan domestik dan eksport yang tinggi, banyak kawasan gas sedia ada masih kukuh dan kawasan baharu turut ditemukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata banyak perjanjian telah dirancang dengan negara pengeksport gas untuk pembangunan kawasan minyak dan gas, pembinaan semula kilang penapisan, dan pemindahan perkhidmatan teknikal serta kejuruteraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Ebrahim Raisi seru komuniti antarabangsa menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pasaran tenaga global. - AP

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Duta besar baharu Malaysia ke Iran serah surat tauliah kepada Presiden
Malaysia dan Iran menjalin hubungan diplomatik berikutan termeterainya Perjanjian Persahabatan pada 15 Januari 1968.

Presiden Iran beri amaran tiada kompromi terhadap protes Amini
Ribuan rakyat menghadiri perhimpunan di ibu negara Tehran di mana mereka mengibarkan bendera Iran, dengan demonstrasi serupa diadakan di bandar-bandar lain.

Wartawan CNN enggan pakai tudung, Presiden Iran tarik diri daripada temu bual
Ebrahim Raisi menarik diri daripada temu bual yang telah lama dirancang dengan wartawan CNN, Christiane Amanpour.

Iran miliki kapasiti bekalkan gas asli kepada dunia - Presiden
Ebrahim Raisi seru komuniti antarabangsa menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pasaran tenaga global.

Perjanjian Nuklear: Iran serius runding dengan kuasa dunia - Presiden
Ebrahim Raisi berkata, persetujuan boleh dicapai sekiranya pihak lain juga serius mengenai penghapusan sekatan AS ke atas mereka.

COVID-19: Presiden baharu Iran umum percepat program vaksinasi
Iran akan menumpukan kepada vaksin yang dihasilkan di dalam negara, selain Sputnik V keluaran Rusia dan yang dibangunkan dengan kerjasama Cuba.

Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.

Hassan Rouhani menang pilihan raya presiden
Penyandang Presiden Iran, Hassan Rouhani pertahan jawatan untuk penggal kedua selepas diumum menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada Sabtu.