Skip to main content

Malaysia

KPDN Pulau Pinang siasat dakwaan kenderaan bermasalah selepas isi minyak di stesen

Beberapa hantaran di media sosial tular pada Sabtu apabila pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang.

Advertisement

Ringkasan AI

  • KPDN Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di stesen minyak berhampiran Batu Kawan.
  • Pasukan KPDN telah dihantar untuk meneliti isu tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan media selepas siasatan selesai.
  • Beberapa pengguna mendakwa masalah berpunca daripada bahan api bercampur air, namun pihak berkuasa belum mengesahkan punca sebenar.

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, sedang menyiasat dakwaan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di stesen minyak berhampiran Batu Kawan.

Jurucakap KPDN Pulau Pinang berkata pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan itu dan menghantar pasukan bagi menjalankan siasatan.

“Pihak KPDN Negeri Pulau Pinang telah mengambil maklum berkenaan dakwaan berlaku masalah pada kenderaan selepas mengisi minyak di stesen minyak, berdekatan Batu Kawan.

“KPDN Pulau Pinang akan menghantar satu pasukan untuk meneliti perkara ini dan akan berkongsi kenyataan media selepas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hantaran di media sosial tular pada Sabtu apabila pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang.

Hantaran itu turut mendakwa masalah berkenaan disyaki berpunca daripada bahan api bercampur air, namun perkara itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah isu yang sedang disiasat oleh KPDN Pulau Pinang? 
    A: KPDN Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di stesen minyak berhampiran Batu Kawan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh KPDN Pulau Pinang berhubung dakwaan ini? 
    A: KPDN Pulau Pinang telah menghantar satu pasukan untuk meneliti perkara ini dan akan berkongsi kenyataan media selepas siasatan dijalankan.
  • Q: Apakah punca masalah yang didakwa oleh pengguna di media sosial? 
    A: Pengguna di media sosial mendakwa masalah kenderaan disyaki berpunca daripada bahan api bercampur air, namun perkara ini belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Must Watch Video

Advertisement