Iran pulihkan sebahagian akses internet

Sebahagian rakyat di Iran mendapat semula Internet selepas beberapa hari akses disekat di seluruh negara, lapor agensi berita separa rasmi Mehr pada Sabtu tanpa memberikan butiran lanjut. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Sebahagian rakyat di Iran mendapat semula Internet selepas beberapa hari akses disekat di seluruh negara, lapor agensi berita separa rasmi Mehr pada Sabtu tanpa memberikan butiran lanjut, lapor Xinhua.
Negara itu telah memulihkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) juga pada Sabtu.
Iran mengenakan sekatan ketat terhadap akses Internet global dan menggantung perkhidmatan SMS pada 8 Jan, dengan alasan rusuhan dan serangan pengganas yang menyasarkan orang awam, pasukan keselamatan serta bangunan awam.
Pada Isnin, media memetik pihak berkuasa tertinggi ruang siber Iran sebagai berkata bahawa akses Internet akan terus disekat sehingga pemulihan keselamatan sepenuhnya disahkan.
Protes meletus sejak lewat Disember di beberapa bandar di Iran berikutan penyusutan mendadak nilai rial.
Pihak berkuasa mengakui demonstrasi tersebut dan menyatakan kesediaan untuk menangani tekanan ekonomi sambil mengeluarkan amaran terhadap keganasan, vandalisme dan kekacauan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


