awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
MPBC himpun lebih 250 ahli perkukuh hubungan Malaysia-Pakistan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran sahkan 610 terbunuh, hampir 5,000 cedera akibat serangan Israel sejak 13 Jun

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
11:46 MYT
Sponsor Banner
Iran sahkan 610 terbunuh, hampir 5,000 cedera akibat serangan Israel sejak 13 Jun
Infrastruktur perubatan turut terjejas teruk, dengan tujuh hospital, enam pangkalan kecemasan, empat klinik dan sembilan ambulans dilaporkan rosak atau musnah. -Gambar fail/x@ME_Observer_
TEHRAN: Kementerian Kesihatan Iran hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya 610 rakyatnya terbunuh dan 4,746 lagi cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara oleh Israel sejak 13 Jun lalu, menjadikan ini antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden negara itu.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan sekurang-kurangnya 610 terbunuh dan 4,746 cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara Israel sejak 13 Jun, menjadikannya antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden Iran.
  • Antara mangsa termasuk 13 kanak-kanak, 49 wanita (termasuk dua hamil), serta lima petugas kesihatan yang terbunuh dan 20 cedera, dengan 971 mangsa masih dirawat di hospital.
  • Infrastruktur perubatan turut rosak teruk, melibatkan tujuh hospital, enam pangkalan kecemasan, empat klinik dan sembilan ambulans, menunjukkan serangan menyasarkan kawasan awam dan bukan hanya kemudahan ketenteraan.

Jurucakap kementerian, Hossein Kermanpour berkata seramai 971 mangsa masih dirawat di hospital, manakala 687 telah menjalani pembedahan, lapor Al Jazeera.
Antara yang terkorban termasuk 13 kanak-kanak – yang termuda berusia dua bulan – serta 49 wanita, termasuk dua yang sedang hamil.
Beliau turut memaklumkan bahawa lima petugas kesihatan terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan tersebut.
Infrastruktur perubatan turut terjejas teruk, dengan tujuh hospital, enam pangkalan kecemasan, empat klinik dan sembilan ambulans dilaporkan rosak atau musnah.
Kementerian Kesihatan Iran menyifatkan angka korban ini sebagai bukti bahawa serangan Israel menyasarkan kawasan awam dan bukan hanya kemudahan ketenteraan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Iran
#konflik Israel-Iran
#serangan udara
#petugas kesihatan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami