Skip to main content

Dunia

Iran sifatkan perjanjian damai sebagai 'deklarasi kekalahan' AS

Sumber: REUTERS
Ketua delegasi rundingan Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf (foto) berkata memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di Islamabad itu bukan hasil tekanan atau paksaan mana-mana pihak luar. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

BAKU: Perjanjian damai di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan krisis di Asia Barat disifatkan Tehran sebagai satu “deklarasi kekalahan” pihak Washington.

Ketua delegasi rundingan Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf berkata memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di Islamabad itu bukan hasil tekanan atau paksaan mana-mana pihak luar, lapor Al Jazeera.

Sebaliknya, beliau menegaskan perjanjian berkenaan merupakan hasil ketahanan dan keazaman rakyat Iran sepanjang tempoh konflik yang memuncak sebelum ini.

“Memorandum Persefahaman Islamabad ini akhirnya menjadi satu deklarasi kekalahan buat pihak Amerika,” katanya ketika berucap pada satu persidangan di Azerbaijan yang disiarkan televisyen rasmi Iran.

Kenyataan itu dibuat susulan siri rundingan damai yang turut melibatkan isu pelepasan dana beku Iran serta keselamatan laluan perairan strategik di Asia Barat.

Sementara itu, pentadbiran AS sebelum ini menggambarkan perjanjian berkenaan sebagai usaha bersama bagi meredakan ketegangan dan memperkukuh kestabilan serantau.

Perkembangan itu menunjukkan perbezaan tafsiran antara kedua-dua pihak, dengan Iran melihatnya sebagai kemenangan diplomasi, manakala AS menekankan pendekatan kerjasama dan kawal selia bersama.

 

Must Watch Video

Advertisement