awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tahan ejen Mossad, rampas bom dan peralatan elektronik

Agensi
Agensi
16/06/2025
03:15 MYT
Iran tahan ejen Mossad, rampas bom dan peralatan elektronik
Ketegangan memuncak sejak 13 Jun, apabila Israel didakwa melancarkan serangan ketenteraan ke atas beberapa wilayah Iran. Sebagai tindak balas, Iran melancarkan operasi pada 14 Jun menyasarkan pelbagai kawasan diduduki Zionis. - Gambar hiasan/AP
TEHRAN: Pasukan keselamatan Iran menahan dua individu yang disyaki sebagai ejen perisikan Israel, Mossad, dalam satu operasi di wilayah Alborz, barat Iran.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa kedua-dua suspek ditangkap bersama bahan letupan, bom dan pelbagai peralatan elektronik dipercayai digunakan untuk operasi sabotaj.
Tangkapan ini berlaku hanya beberapa bulan selepas Mahkamah Kehakiman Iran melaksanakan hukuman mati terhadap Mohsen Langarneshin, yang disabitkan bersalah menjadi perisik untuk Mossad.
Langarneshin terbukti terlibat dalam membantu perancangan dan sokongan teknikal bagi pembunuhan Kolonel Hassan Sayyad Khodaei, anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pada tahun 2022.
Ketegangan semakin memuncak sejak 13 Jun, apabila Israel didakwa melancarkan serangan ketenteraan ke atas beberapa wilayah Iran termasuk ibu kota Tehran.
Serangan itu mengorbankan beberapa komander IRGC dan saintis nuklear Iran dalam siri pembunuhan terancang.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan Operasi Janji Benar 3 (Operation True Promise 3) pada 14 Jun, menyasarkan pelbagai kawasan yang diduduki rejim Zionis dengan serangan peluru berpandu besar-besaran.
Pihak berkuasa Israel sendiri mengakui tahap kemusnahan adalah luar biasa.
“Kemusnahan yang anda lihat di skrin tidak menggambarkan realiti sebenar,” kata Raz Kinstlich, Datuk Bandar Rishon LeZion yang terletak berhampiran Tel Aviv.
“Kami belum pernah mengalami kehancuran seperti ini. Ia benar-benar menakutkan.”
Iran menyatakan bahawa serangan balas mereka masih belum mencapai tahap maksimum, dan berikrar untuk terus mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan Israel.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Mossad
#bahan letupan
#ejen perisik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan