INTERNATIONAL
Iran tahan sebuah kapal tangki minyak milik Britain, benarkan sebuah lagi belayar

Gambar fail kapal tangki minyak Stena Impero milik negara Britain yang didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran. - Foto fail/Stena Bulk/via REUTERS
Tentera Revolusi Iran berkata negara itu telah merampas sebuah kapal tangki minyak yang membawa bendera Britain di kawasan perairan Teluk pada Jumaat sekali gus meningkatkan ketegangan di laluan penting perkapalan antarabangsa itu.
Lapor Reuters, menurut pihak berkuasa Britain, negara itu sedang mendapatkan maklumat yang perlu selepas kapal terbabit, Stena Impero yang dalam perjalanan ke Arab Saudi dikesan secara tiba-tiba mengubah arah sewaktu sewaktu melintasi Selat Hormuz di perairan Teluk.
Bagaimanapun Tentera Revolusi Iran menerusi sebuah siaran televisyen memaklumkan Mesdar telah dibenarkan meneruskan pelayaran selepas diberikan amaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami