TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan rundingan mengenai perjanjian akhir dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan dimulakan selagi ancaman terhadap negaranya berterusan.
Beliau berkata pendirian itu selaras dengan Fasal 13 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Tehran dan Washington sebelum ini.
Sambil menggesa AS menghormati komitmen yang dipersetujui dalam memorandum tersebut, Araghchi berkata jutaan rakyat Iran berhimpun bagi memberikan penghormatan terakhir sempena upacara pengebumian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
"Rakyat Iran dan Angkatan Tentera kami yang berani tidak akan terpengaruh dengan sebarang ancaman," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X pada Selasa.
Millions of proud Iranians rallied in unity to honor Grand Ayatollah Khamenei and his legacy. Neither them nor our Brave Armed Forces are moved by any threats.
Para 13 of the MoU is clear: Negotiations on final Deal will not commence if threats continue Honor your signature. pic.twitter.com/uQ7OoFyp8U— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) July 7, 2026
Kenyataan itu dibuat susulan amaran Presiden AS, Donald Trump, bahawa pentadbirannya sama ada akan mencapai persetujuan baharu dengan Iran atau mengambil tindakan lebih tegas bagi menamatkan konflik berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di Pejabat Oval pada Isnin, Trump mendakwa AS mampu melumpuhkan infrastruktur termasuk jambatan dan bekalan tenaga Iran dalam tempoh singkat, selain mendakwa Tehran kini berdepan tekanan kewangan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan.