Skip to main content

Dunia

Iran tiada rancangan adakan rundingan dengan pegawai AS - Menteri Luar

Araghchi (gambar) menafikan rancangan rundingan dengan AS, namun mengesahkan mesej JD Vance sedang diteliti dan hubungan melalui pengantara diteruskan.. - Gambar fail AP
Araghchi (gambar) menafikan rancangan rundingan dengan AS, namun mengesahkan mesej JD Vance sedang diteliti dan hubungan melalui pengantara diteruskan.. - Gambar fail AP

Advertisement

Advertisement

ISTANBUL: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Sabtu menegaskan bahawa Tehran tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS), sambil menafikan laporan yang mendakwa sebaliknya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Menurut agensi berita rasmi Iran, IRNA, Araghchi berkata Tehran telah meneliti mesej yang dihantar Naib Presiden AS JD Vance kepada pegawai kanan keselamatan Iran Mohsen Rezaei dan perkara itu masih dalam penelitian pihak berkuasa berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa tiada rundingan dengan pegawai AS dirancang setakat ini dan sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar.

Advertisement

Araghchi berkata Iran ketika ini tidak melihat keperluan untuk mengadakan rundingan dengan AS dan syarat yang ditetapkan Tehran adalah jelas, namun hubungan dengan Qatar dan Pakistan selaku pengantara masih diteruskan.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan sama ada rundingan akan diadakan secara langsung atau tidak langsung hanya akan dibuat selepas AS bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Iran.

Advertisement

Bagaimanapun, Araghchi menyifatkan mesej Vance serta usaha AS untuk membuka ruang dialog dan mencapai persefahaman yang lebih menyeluruh sebagai langkah positif.

Mengulas cadangan membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh tujuh hari sekiranya tujuh syarat Iran dipenuhi, Araghchi berkata: "Pihak Qatar meminta supaya tempoh pelaksanaan cadangan kami dipendekkan kepada lima hari. Pada peringkat ini, cadangan untuk memendekkan lagi tempoh itu kepada dua hari sedang dibincangkan."

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement