awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi warga China
Ringgit naik kepada 3.9130 berbanding dolar AS, disokong asas ekonomi kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tolak ancaman Trump, sedia bertindak balas terhadap sebarang serangan AS

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2026
00:20 MYT
Iran tolak ancaman Trump, sedia bertindak balas terhadap sebarang serangan AS
Menteri Luar Abbas Araqchi menegaskan diplomasi tidak boleh dijalankan melalui ugutan ketenteraan dan tuntutan melampau. - Foto fail/REUTERS
TEHRAN: Iran menolak ancaman terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan menegaskan negara itu bersedia memberikan tindak balas tegas terhadap sebarang serangan ketenteraan oleh Washington, ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.
Kementerian Luar Iran menerusi kenyataan berkata, Tehran tidak akan berunding di bawah tekanan atau ancaman ketenteraan, sambil menegaskan sebarang pencerobohan akan dibalas “dengan kekuatan penuh”.
Menteri Luar Abbas Araqchi menegaskan diplomasi tidak boleh dijalankan melalui ugutan ketenteraan dan tuntutan melampau.
Ancaman itu susulan kenyataan Trump yang memberi amaran Iran supaya sama ada berunding dengan AS atau berdepan akibat yang “jauh lebih buruk”, termasuk pengerahan aset ketenteraan AS ke rantau Teluk.
Langkah Washington itu dibuat ketika Iran berdepan protes dalaman dan peningkatan tekanan antarabangsa berhubung program nuklearnya.
Tehran menegaskan ia tidak meminta rundingan dengan AS dan sebarang perbincangan hanya boleh berlaku melalui saluran tidak langsung serta tanpa ancaman.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, turut menyatakan sokongan terhadap usaha mencegah perang mengikut undang-undang antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa konflik baharu akan menggugat kestabilan serantau.
Ketegangan AS-Iran kembali memuncak selepas beberapa insiden keselamatan dan amaran terbuka Trump, dengan penganalisis memberi amaran salah langkah boleh mencetuskan konflik berskala lebih besar di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Iran
#Donald Trump
#tindak balas
#ancaman ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami