Skip to main content

Dunia

Iran tuntut pelepasan dana US$6 bilion yang dibekukan di Qatar

51727868671_MasoudPezeshkian.jpg
Pezeshkian berkata berdasarkan perancangan yang dipersetujui, sebanyak US$6 bilion daripada keseluruhan US$12 bilion dana Iran di Qatar sepatutnya dipulangkan kepada negara itu. - Gambar fail
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Isnin berkata dana Iran berjumlah US$6 bilion yang disimpan di Qatar perlu dilepaskan dan dipulangkan kepada negara itu mengikut perjanjian yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.

Menurut agensi berita ISNA, Pezeshkian berkata berdasarkan perancangan yang dipersetujui, sebanyak US$6 bilion daripada keseluruhan US$12 bilion dana Iran di Qatar sepatutnya dipulangkan kepada negara itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ayatollah Agung Shobeiri Zanjani.

Pezeshkian turut memaklumkan bahawa usaha susulan sedang dijalankan bagi mendapatkan semula baki dana berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement