awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq umum ketua Daesh dibunuh

Bernama
Bernama
22/10/2024
21:40 MYT
Iraq umum ketua Daesh dibunuh
Mohammed Shia al-Sudani, Perdana Menteri Iraq. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani pada Selasa mengumumkan bahawa ketua tertinggi Daesh di Iraq telah dibunuh, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata gabenor yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan pengganas itu bagi Iraq dan lapan pengganas lain maut dalam operasi antikeganasan di Pergunungan Hamrin, timur laut Iraq.
"Tiada tempat untuk pengganas di Iraq, dan kami akan memburu mereka ke tempat persembunyian mereka dan menghapuskan mereka sehingga tanah Iraq dibersihkan daripada mereka dan tindakan terkutuk mereka," kata al-Sudani di platform X.
Pada Jun 2014, kumpulan pengganas Daesh telah menawan Mosul, Saladin, Anbar dan sebahagian Wilayah Diyala dan Kirkuk. Wilayah-wilayah terlibat telah dirampas semula daripada kumpulan itu pada Disember 2017 oleh tentera Iraq dengan sokongan pakatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat menentang Daesh di Iraq.
Walaupun hampir tujuh tahun telah berlalu sejak kumpulan pengganas Daesh diusir dari wilayah terbabit dan bandar-bandar ditawan semula, serangan oleh organisasi itu masih berterusan, terutamanya di kawasan luar bandar Kirkuk, Diyala, Mosul, Saladin dan Anbar.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Daesh
#Mohammed Shia al-Sudani
#dibunuh
#Pergunungan Hamrin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan