Skip to main content

Dunia

IRGC dakwa 27 pangkalan AS diserang dalam gelombang keenam serangan balas

Islamic Revolutionary Guard Corps
IRGC turut memberi amaran bahawa langkah balas lebih keras dan berturut‑turut akan dilaksanakan jika provokasi diteruskan.

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan pelancaran gelombang keenam serangan balas melibatkan peluru berpandu dan dron ke atas 27 pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di seluruh Asia Barat serta beberapa lokasi strategik di Israel.

Menurut kenyataan media kerajaan Iran, operasi ketenteraan itu dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap siri pengeboman oleh AS dan Israel ke atas wilayah Iran.

Advertisement

IRGC turut mengesahkan serangan mengenai Pangkalan Udara Tel Nof, ibu pejabat perintah tentera HaKirya di Tel Aviv, serta sebuah kompleks industri pertahanan utama di bandar berkenaan.

Pasukan elit tersebut menegaskan bahawa operasi ini adalah sebahagian daripada tindakan balas yang dirancang untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang dianggap penceroboh.

IRGC turut memberi amaran bahawa langkah balas lebih keras dan berturut‑turut akan dilaksanakan jika provokasi diteruskan.

Serangan ini menandakan peningkatan ketara dalam konflik di rantau berkenaan, memandangkan sasaran merangkumi pusat pemerintahan dan aset ketenteraan utama pihak lawan. Amaran serangan udara turut dilaporkan terus berbunyi di beberapa lokasi.

IRGC menyatakan setiap serangan yang dilancarkan membuktikan keupayaan dan tekad pasukan itu untuk mempertahankan kedaulatan Iran serta membalas kehilangan nyawa akibat serangan terdahulu.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi berkaitan jumlah kerugian atau korban daripada pihak AS mahupun Israel.

Must Watch Video