awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

IRGC lancar serangan terhadap pangkalan udara Israel

Agensi
Agensi
17/06/2025
22:50 MYT
IRGC lancar serangan terhadap pangkalan udara Israel
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan serangan terhadap beberapa pangkalan udara Israel yang didakwa menjadi lokasi pelancaran serangan ke atas Iran pada Rabu. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan serangan terhadap beberapa pangkalan udara Israel yang didakwa menjadi lokasi pelancaran serangan ke atas Iran pada Rabu.

Ringkasan AI
  • IRGC lancar serangan ke atas beberapa pangkalan udara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas Iran.
  • Iran umum operasi akan diteruskan secara berperingkat, manakala Israel sahkan peluru berpandu dikesan dan sistem pertahanan digerakkan.
  • Orang awam Israel diarahkan berlindung, susulan serangan balas Iran dan ketegangan yang terus meningkat.

Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), serangan ke atas pangkalan udara Israel itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan terang-terangan rejim Zionis ke atas Iran.
“Kami juga mengumumkan bahawa operasi ini akan diteruskan secara berterusan, kompleks dan berperingkat,” kata IRGC dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, tentera Israel turut mengesahkan mengesan beberapa peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah wilayahnya.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera, sistem pertahanan udara sedang giat beroperasi untuk memintas projektil tersebut.
Sementara itu, Israel menasihatkan orang awam segera mencari perlindungan di kawasan yang selamat sementara pasukan keselamatan menjalankan operasi pertahanan.
Semalam, rejim Israel melancarkan serangan ke atas ibu pejabat televisyen kebangsaan Iran, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), ketika program sedang disiarkan secara langsung.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Israel
#Iran
#pangkalan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami