Skip to main content

Dunia

Israel akan laksanakan suntikan vaksin dos keempat COVID-19

51636472323_TBVaccineBooster.jpg
JERUSALEM: Kerajaan Israel pada Khamis berkata pihaknya akan mula menawarkan suntikan vaksin COVID-19 dos keempat kepada golongan paling rentan.

Dos akan diberikan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pada 27 Dis, sebuah pusat penyelidikan di Tel Aviv mengumumkan bahawa mereka telah memulakan kajian terhadap keberkesanan vaksin dos keempat.

Seramai 6,000 orang termasuk petugas kesihatan dijangka mendapat suntikan terbaharu itu.

Berikutan kemunculan baharu varian Omicron, Israel telah menyekat kemasukan rakyat asing ke negara itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video