awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan

Bernama
Bernama
01/02/2025
15:36 MYT
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin. - Reuters
RAMALLAH (Palestin): Seramai 32 rakyat Palestin dibebaskan daripada penjara Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada kumpulan keempat dalam perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tahanan yang dibebaskan daripada Penjara Ofer berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang diduduki diserahkan kepada Palang Merah Antarabangsa, selaras dengan syarat gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak 19 Jan lepas.
Menurut koresponden Anadolu, ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Istana Budaya Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan sokongan terhadap perjuangan Palestin serta Gaza.
Walaupun tentera Israel sebelum ini mengeluarkan amaran lebih awal, orang ramai tetap berkumpul untuk menyambut kepulangan tahanan, sambil mengangkat tanda kemenangan sebagai tanda menentang arahan Israel.
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Mereka segera dibawa ke hospital di Ramallah untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan, menurut koresponden Anadolu.
Terdahulu, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas telah membebaskan tiga tahanan dari Gaza dan menyerahkan mereka kepada Palang Merah.
Secara keseluruhan, seramai 183 rakyat Palestin dijangka dibebaskan daripada penjara Israel pada Sabtu, termasuk 111 individu yang ditahan oleh tentera Israel di Gaza selepas 7 Okt 2023, menurut Pejabat Maklumat Tahanan yang dikendalikan Hamas.
Antara tawanan yang dibebaskan, 18 rakyat Palestin sebelum ini menjalani hukuman penjara seumur hidup, manakala 54 lagi menjalani hukuman penjara jangka panjang, menurut pejabat berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#penjara
#Israel
#pembebasan tahanan
#pertukaran tawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan