TEL AVIV: Israel mendakwa akan cuba memenuhi Semenanjung Gaza dengan bantuan kemanusiaan dari pelbagai jalan masuk.
Jaminan diberikan selepas ia menerima desakan antarabangsa bagi menangani isu kebuluran serius di wilayah itu.
Perkara itu dinyatakan oleh jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu sidang akhbar harian.
Kata beliau, pihaknya akan cuba sedaya upaya `membanjiri’ wilayah itu dengan bantuan kemanusiaan.
Tambahnya, lebih banyak konvoi bantuan akan menyusul selain penghantaran dari pintu masuk lain seperti misi mengugurkan bantuan dari udara dan kargo bantuan laut.
Menurut Hagari, pihaknya sedang belajar dan menambah baik serta melakukan perubahan berlainan supaya tidak mencipta rutin, sebaliknya mewujudkan pelbagai cara di mana bantuan boleh dimasuki.
Pada Rabu, tentera mengumumkan enam trak bantuan yang membawa bekalan daripada Pertubuhan Makanan Sedunia (WFO) memasuki bahagian utara Gaza melalui laluan dikenali sebagai Pintu ke-96.
Sementara itu, Hagari mengakui usaha mengagihkan bekalan ke wilayah itu hanya sebahagian daripada masalah.
Katanya, banyak lagi perlu yang dilakukan untuk menyelesaikan isu terutama proses mengagihkannya secara adil dan cekap kepada penduduk yang amat memerlukan di wilayah Gaza.
Katanya, masalah di dalam Gaza adalah soal pengagihan dan bukannya isu lain.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Anggota tentera Tentera Udara AS memeriksa kotak mengandungi bantuan kemanusiaan yang akan digugurkan di Semenanjung Gaza. - Foto AP
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.