awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel hentikan penghantaran bahan api ke Gaza susulan pelepasan belon

Agensi
Agensi
01/08/2018
22:59 MYT
Israel hentikan penghantaran bahan api ke Gaza susulan pelepasan belon
Rakyat Palestin melepaskan belon berisi bahan mudah terbakar ke arah bahagian Israel, berhampiran sempadan Israel-Gaza di Semenanjung Gaza, 4 Jun, 2018. REUTERS
Israel akan menghentikan pembekalan minyak dan gas ke Semenanjung Gaza bermula Khamis sebagai tindak balas kepada aktiviti pelepasan belon berisi gas helium yang mengakibatkan ladang di Israel terbakar.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Avigdov Lieberman pada Rabu, pihaknya telah memerintahkan agar bekalan bahan api ke melalui persimpangan Kerem Shalom dihentikan sehingga diberitahu kelak.
"Keputusan ini diambil memandangkan keganasan berterusan yang diakibatkan pelepasan belon terutamanya di kawasan sempadan," jelas kenyataan berkenaan.
Sejak Mac lalu, protes mingguan yang diadakan setiap Jumaat adalah bagi mendesak Israel menghentikan sekatan ekonomi ke atas wilayah berkenaan.
BACA: Lintasan sempadan Israel-Gaza dibuka separa
BACA: Puluhan cedera dalam pertempuran berterusan di sempadan Gaza
Sekurang-kurangnya 155 orang Palestin terbunuh dalam siri protes berkenaan.
Malah, Israel juga berdepan tekanan apabila banyak ladang dan hutan musnah dalam kebakaran akibat pelepasan gas helium yang sarat dengan bahan bakar lain yang diterbangkan dari Gaza.
Israel pada masa sama telah menyekat kemasukan barangan komersial ke semenanjung Gaza.
Topic Berkaitan
#API
#bahan api
#bekalan
#belon
#ekonomi
#gas helium
#Gaza
#Israel
#kebakaran
#keganasan
#Kerem Shalom
#menteri
#minyak
#protes
#sekatan gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan