awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel larang imam Masjid al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan

Bernama
Bernama
03/07/2023
05:42 MYT
Israel larang imam Masjid al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan
Israel mendakwa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Syeikh Dr. Ekrima telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr. Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.
Menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr. Ekrima Sabri yang diterima Bernama melalui Whatsapp, larangan itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Israel pada Ahad dan diserahkan oleh pasukan perisik Israel yang menyerbu rumah beliau di Baitulmaqdis Timur.
Tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.
"Pihak Israel mahu menghalang kebenaran daripada pengetahuan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di Baitulmaqdis. Syeikh Ekrima Sabri tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dilarang melakukan perjalanan, sebaliknya hanya menjalankan peranannya mewakili Masjid Al-Aqsa dan isu Baitulmaqdis," katanya.
Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang didalangi pihak kerajaan Israel.
Kenyataan itu juga menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk mengambil tindakan menghentikan pendakwaan tidak adil dan pencabulan terhadap Syeikh Dr. Ekrima Sabri memandangkan status agama dan usia lanjutnya.
Sebelum ini, Syeikh Dr. Ekrima telah melakukan lawatan ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.
Dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA sempena lawatan itu, beliau menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imam Masjid Al-Aqsa
#Syeikh Dr Ekrima Sabri
#Israel
#larangan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan