awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel perhebat serangan udara di utara Gaza, 400,000 penduduk hilang tempat tinggal

Bernama
Bernama
14/10/2023
06:19 MYT
Israel perhebat serangan udara di utara Gaza, 400,000 penduduk hilang tempat tinggal
Berpuluh-puluh rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan terbaharu itu. - Foto Reuters
GAZA CITY: Pesawat perang Israel memperhebat serangan udara di utara Gaza pada Sabtu, yang menyasarkan rumah dan kemudahan di kem pelarian Jabalia, serta kawasan perumahan Al-Mashrooh di Beit Lahia, lapor Agensi Anadolu.
Berpuluh-puluh rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.
Kementerian Kesihatan Palestin masih belum mengesahkan jumlah kematian.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: Gaza berdepan bencana kemanusiaan, krisis kesihatan - UNICEF
Sementara itu, lebih 400,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal, kata pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu."Kebanyakan penduduk tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih selepas bekalan melalui rangkaian air dan operasi loji penyahgaraman/penulenan air terhenti.
"Sebagai usaha terakhir, orang ramai menggunakan air payau dari telaga pertanian, mencetuskan kebimbangan serius mengenai penularan penyakit bawaan air," menurut kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Pertempuran terkini di Palestin sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Gaza
#jumlah kematian
#pelarian
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan