awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
IAEA sahkan dua tapak pengeluaran pengempar Iran terkena serangan
MALAYSIA
Kerajaan komited banteras penjualan vape mengandungi dadah - Fahmi
DUNIA
Peningkatan membimbangkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja Australia - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Israel semakin kehabisan peluru pemintas Arrow - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
06:30 MYT
Israel semakin kehabisan peluru pemintas Arrow - Laporan
Israel dilapor semakin kehabisan peluru pemintas untuk sistem pertahanan peluru berpandu Arrow, menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan menangkis serangan jarak jauh dari Iran. -Gambar fail/Reuters
TEL AVIV: Israel dilapor semakin kehabisan peluru pemintas sistem pertahanan peluru berpandu Arrow, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan rejim itu untuk menangkis serangan peluru berpandu jarak jauh dari Iran.

Ringkasan AI
  • Israel dilapor semakin kehabisan peluru pemintas untuk sistem pertahanan peluru berpandu Arrow, menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan menangkis serangan jarak jauh dari Iran.
  • Amerika Syarikat telah menyedari isu ini sejak beberapa bulan lalu dan memperkukuh pertahanan Israel dengan sistem tambahan di darat, laut dan udara.
  • Lebih 400 peluru berpandu telah dilancarkan ke arah Israel sejak konflik bermula, menyebabkan sistem pertahanan udara beroperasi secara intensif dan berterusan.

Menurut laporan The Wall Street Journal yang memetik seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan, Washington menyedari isu kekurangan tersebut sejak beberapa bulan lalu dan telah memperkukuh pertahanan Israel dengan sistem tambahan di darat, laut dan udara.
Sistem Arrow merupakan lapisan tertinggi dalam rangkaian pertahanan pelbagai peringkat Israel, direka untuk memintas peluru berpandu balistik di luar atmosfera.
Ia digunakan bersama sistem David’s Sling dan Iron Dome bagi menangani pelbagai jenis ancaman udara.
Tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara berkaitan peluru dan persenjataan, menurut laporan itu.
Konflik bersenjata di antara Israel dan Iran yang berlarutan sejak minggu lalu telah menyaksikan lebih 400 peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel, memaksa sistem pertahanan udara negara itu beroperasi secara intensif dan berterusan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#peluru pemintas
#Konflik Iran-Israel
#sistem pertahanan peluru berpandu Arrow
#serangan jarak jauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami