LETUPAN disusuli kebakaran dilaporkan berlaku di pelabuhan Hodeidah, Yaman, susulan serangan jet pejuang Israel di lokasi yang mensasarkan tentera pada Sabtu.
Israel memaklumkan, serangan dilancarkan sehari selepas dron yang dilepaskan pejuang Houthi yang disokong Iran, menyerang hab ekonomi Israel, Tel Aviv.
Dalam kejadian pada Sabtu, sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 87 cedera, dalam serangan terhadap kemudahan minyak dan stesen janakuasa di Hodeidah.
Insiden itu dilaporkan Al-Masirah TV, saluran berita televisyen utama yang dikendalikan pergerakan Houthi.
Jurucakap tentera Israel dipetik berkata, pelabuhan itu telah digunakan Houthi untuk menerima penghantaran senjata dari Iran.
Lokasi sasaran tersebut, terletak lebih 1,700km dari Israel, termasuk tapak-tapak dwiguna seperti infrastruktur tenaga, katanya.
Majlis Politik Tertinggi Houthi berkata, akan ada "tindak balas efektif” terhadap serangan udara Israel itu.
Jurucakap tentera Houthi Yahya Saree juga berkata, Houthi "tidak akan teragak-agak menyerang sasaran penting Israel."
Serangan ke atas Yaman berlaku selepas lebih 200 serangan Houthi ke atas Israel, menimbulkan kebimbangan konflik di Gaza sejak 7 Oktober lalu boleh bertukar menjadi konflik serantau. - Agensi
Astro Awani
Sun Jul 21 2024
Kepulan asap tebal kelihatan susulan serangan udara Israel di Hodeidah, Yaman, dalam foto yang dikeluarkan pada 20 Julai 2024. - REUTERS
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Suami isteri didakwa perdagang tiga wanita ke Yaman
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita tempatan ke Yaman, sejak Mei tahun lepas.
Peluru berpandu dari Yaman jatuh di tengah Israel
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad.
Israel serang pelabuhan Hodeidah di Yaman
Serangan dilancarkan sehari selepas dron yang dilepaskan pejuang Houthi menyerang hab ekonomi Israel, Tel Aviv.
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
Bot bawa PATI karam di Yaman, 49 maut, 140 hilang
Daripada 260 penumpang bot berkenaan, 145 merupakan warga Ethiopia dan 150 dari Somalia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyut arus deras di Lembah Ayeen.
Dewan Pimpinan Presiden Yaman lantik perdana menteri baharu
Dewan Pimpinan Presiden Yaman pada Isnin melantik Menteri Luar Ahmed Awad Bin Mubarak sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat
Yahya Sarea dalam satu kenyataan memaklumkan angkatan bersenjata Yaman telah menyerang kapal dagang Amerika yang diberi nama 'KOI'.