Skip to main content

Dunia

Israel serang sempadan Lubnan–Syria, empat terbunuh

Asap tebal menjulang dari pelbagai lokasi di selatan Lubnan seperti yang dilihat dari Marjayoun berhampiran sempadan Israel–Lubnan. - Foto REUTERS
Asap tebal menjulang dari pelbagai lokasi di selatan Lubnan seperti yang dilihat dari Marjayoun berhampiran sempadan Israel–Lubnan. - Foto REUTERS
Advertisement

BEIRUT: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas sebuah kenderaan dibom oleh tentera Israel berhampiran sempadan Lubnan–Syria, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan.

Serangan itu berlaku pada awal pagi Isnin.

Agensi Berita Nasional Lebanon (NNA) melaporkan bahawa antara mangsa yang terkorban ialah seorang warga Syria, dikenal pasti sebagai Khaled Mohammad al-Ahmad.

Advertisement

Serangan terbaharu ini menambah ketegangan di kawasan sempadan yang sejak kebelakangan ini menyaksikan peningkatan operasi ketenteraan Israel di wilayah timur dan selatan Lubnan.

Walaupun butiran lanjut mengenai sasaran belum diberikan, insiden ini selari dengan siri serangan silang sempadan yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Advertisement

Pihak berkuasa Lubnan dijangka mengeluarkan maklumat tambahan apabila siasatan awal selesai dijalankan.
 

Must Watch Video

Advertisement