awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel terus bunuh kanak-kanak di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2024
23:10 MYT
Israel terus bunuh kanak-kanak di Gaza
Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak. - Foto AP
KHAN YOUNIS: Kekejaman Israel berterusan dengan terbaharu serangan Zionis itu telah membunuh dan mencederakan puluhan lagi rakyat Palestin di Khan Younis pada Ahad.
Antara yang maut dan cedera adalah kanak-kanak yang telah dibawa ke hospital di bandar itu selepas serangan udara melanda rumah mereka di selatan Gaza.
Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dibawa ke hospital, manakala penyelamat meneruskan usaha mencari mayat di bawah runtuhan bangunan.
Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak.
Kira-kira 85 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka dengan kebanyakannya mencari perlindungan di zon selamat yang ditetapkan Israel di selatan Gaza.
Tetapi Israel juga kerap melakukan serangan di kawasan tersebut menyebabkan ramai rakyat Palestin merasakan bahawa tiada tempat di wilayah yang dikepung itu selamat.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Kanak-kanak
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan