awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Israel tidak akan berdiam diri' - Netanyahu

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2024
01:30 MYT
'Israel tidak akan berdiam diri' - Netanyahu
Keadaan di padang bola sepak susulan serangan roket yang membunuh 11 orang termasuk kanak-kanak. - Foto AP
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan berdiam diri dan membiarkan sebarang serangan berlaku ke atas warganya.
Kenyataan itu dibuat susulan serangan roket yang membunuh 11 orang, termasuk kanak-kanak, di padang bola sepak di Bukit Golan.
Pihak berkuasa Israel menyalahkan Hezbollah dan berikrar untuk bertindak balas terhadap kumpulan Lubnan yang disokong Iran itu.
Hezbollah bagaimanapun menafikan bertanggungjawab ke atas serangan itu, yang disifatkan paling dahsyat di Israel sejak bermulanya konflik di Gaza.
Perkhidmatan ambulans Israel berkata 13 orang lagi cedera akibat tembakan roket dari Lubnan yang mengenai padang bola sepak di perkampungan Druze, Majdal Shams.
Netanyahu, yang pulang dari Amerika Syarikat ke Israel pada Sabtu berkata beliau akan memanggil kabinet keselamatannya sebaik tiba.
Bukit Golan, yang diduduki Israel, adalah sebahagian daripada Syria sehingga 1967, apabila Israel menawan sebahagian besar kawasan itu dalam perang Asia Barat dan menjajahnya pada tahun 1981.
Pengambilan kawasan itu tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara dan Syria menuntut wilayah itu diserahkan kembali.
Lebih daripada 40,000 orang tinggal di Golan yang diduduki Israel, lebih separuh daripada mereka adalah penduduk Druze yang merupakan minoriti Arab yang mengamalkan ajaran Islam.
Serangan ke atas padang bola sepak itu adalah susulan serangan Israel di Lubnan yang membunuh empat pejuang pada Sabtu.
Dua sumber keselamatan di Lubnan berkata, empat pejuang yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kfarkila di selatan Lubnan adalah anggota kumpulan bersenjata yang berbeza, dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka milik Hezbollah.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Israel
#serangan
#Bukit Golan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan