awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tonggak kestabilan serantau - Menteri Luar Israel

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2024
01:20 MYT
Israel tonggak kestabilan serantau - Menteri Luar Israel
Saar juga menyifatkan Houthi sebagai ancaman kepada masyarakat antarabangsa. - Foto fail/REUTERS
TEL AVIV: Menteri Luar Israel, Gideon Saar pada Khamis mendakwa Israel merupakan tonggak kekuatan dan kestabilan di wilayah yang bergolak dan akan terus kekal berperanan sedemikian.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata Israel akan terus mempertahankan warganya daripada sebarang ancaman, sama ada dari jarak dekat atau jauh.
Beliau sebelum itu mengesahkan serangan Israel terhadap puak Houthi di Yaman.
Katanya serangan dilakukan susulan serangan peluru berpandu dilancarkan Houthi yang didakwa memusnahkan sebuah sekolah di Israel.
Ujar Saar, serangan itu adalah salah satu daripada ratusan serangan peluru berpandu dan dron yang didakwa dilancarkan Houthi ke atas warga dan komuniti Israel sejak setahun lalu.
Beliau juga menyifatkan Houthi sebagai ancaman kepada masyarakat antarabangsa.
Katanya ini kerana Houthi mencetuskan keganasan di laluan perkapalan Laut Merah, merosakkan perdagangan antarabangsa, mengambil tebusan, membunuh penduduk awam dan mencetuskan kekacauan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#tonggak kestabilan
#Asia Barat
#Gideon Saar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan