Apa yang membuatkan seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan bayinya yang baru berusia setahun ketika mereka sedang tidur?

Dalam kejadian di Brebes pada Selasa, lelaki berkenaan Tarmuji, 35 tahun, didakwa memukul isterinya Koniti, 35 tahun, dan anaknya, Dimas Adi dengan batu lesung hingga terbelah dua.

Tarmuji yang ditahan polis berkata pada malam sebelumnya, berlaku pertengkaran di antara dia dan Koniti.

Mereka kemudian tidur bersama sebelum Tarmuji tiba-tiba terbangun.

Dalam keadaan sedar dia mengambil batu lesung dan memukul si isteri yang sedang tidur hingga mati.

Dia kemudian memenggal kepala anaknya yang tidur di sebelah si ibu yang sudah tidak bernyawa.

Walaupun Tarmuji dikenali sebagai seorang pemabuk, dia mengaku melakukan tindakan kejam itu dalam keadaan sedar.

Petani warga Desa Luwungragi, Kecamatan Bulakamba itu mengaku memukul isterinya tiga kali sampai batu lesung terbelah dua.

"Saya tak tahu kenapa saya lakukan itu kepada anak saya. Saat itu, rasanya saya tak kenal yang itu adalah anak saya."

Menurut laporan portal detik.com, pasangan itu sering bertengkar dipercayai disebabkan hal kewangan.

Koniti dipercayai kecewa dengan suaminya Tarmuji yang hanya memberikannya nafkah sebanyak Rp800,000 (kira-kira RM230) setiap kali musim menuai sedangkan Tarmuji mendapat upah Rp6.3 juta (RM1,810) daripada majikannya.

Polis merampas beberapa barang bukti termasuk baju mangsa, pisau, lesung, dan tilam dari lokasi kejadian.