awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Presiden Turkiye gesa Melania Trump bersuara mengenai Gaza

Agensi
Agensi
23/08/2025
23:00 MYT
Isteri Presiden Turkiye gesa Melania Trump bersuara mengenai Gaza
Emine Erdogan (kanan) menulis surat kepada Melania Trump, menggesanya menghubungi Perdana Menteri Israel dan menyuarakan penderitaan kanak-kanak di Gaza. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan, menulis surat kepada isteri Presiden Amerika Syarikat, Melania Trump, menggesanya menghubungi Perdana Menteri Israel dan menyuarakan penderitaan kanak-kanak di Gaza.
Menurut pihak berkuasa di Ankara, surat bertarikh Jumaat itu diterbitkan oleh pejabat Presiden Turkiye.
Emine Erdogan berkata, beliau terinspirasi dengan surat Melania kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, awal bulan ini berhubung isu kanak-kanak di Ukraine dan Rusia.
“Saya percaya keprihatinan penting yang telah anda tunjukkan terhadap 648 kanak-kanak Ukraine … akan turut dipanjangkan kepada Gaza,” tulis Emine dalam surat berkenaan.
Beliau menambah: “Pada hari ini, ketika dunia menyaksikan kebangkitan kolektif dan pengiktirafan terhadap Palestin menjadi kehendak global, saya yakin seruan anda bagi pihak Gaza akan memenuhi tanggungjawab bersejarah terhadap rakyat Palestin.”
White House setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas berhubung surat tersebut.
Sementara itu, sebuah badan pemantau global pada Jumaat mengesahkan Gaza City dan kawasan sekitarnya kini secara rasmi dilanda kebuluran, dengan amaran ia bakal merebak dan menambah tekanan terhadap Israel untuk membenarkan lebih banyak bantuan memasuki wilayah Palestin itu.
Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menolak laporan tersebut sebagai “pembohongan terang-terangan” dan menegaskan dasar Israel adalah mencegah, bukannya menyebabkan kebuluran.
Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober 2023 apabila Hamas membunuh 1,200 orang di selatan Israel dan menawan kira-kira 250 tebusan, menurut data Israel. Sejak itu, kempen ketenteraan Israel telah meragut lebih 62,000 nyawa rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Israel-Hamas
#israel serang gaza
#Emine Erdogan
#Melania Trump
#Recep Tayyip Erdogan
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan