Skip to main content

Dunia

Istiadat pemakaman negara Raja Harald V berlangsung di Oslo

A woman walks past floral tributes on the day of the funeral of Norway's King Harald, outside the royal palace in Oslo, Norway, September 9, 2026. REUTERS/Claudia Greco
Sejak beberapa hari lalu, jasad baginda ditempatkan di Chapel Istana, membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir. - Foto Reuters
Advertisement

OSLO: Norway pada Rabu memberi penghormatan terakhir kepada Raja Harald V, dengan keberangkatan kerabat diraja Eropah serta kehadiran ketua-ketua negara di Oslo untuk istiadat pemakaman negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Raja Harald V mangkat pada usia 89 tahun pada 28 Ogos selepas mengalami jangkitan darah yang serius.

Sejak beberapa hari lalu, jasad baginda ditempatkan di Chapel Istana, membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Pada tengah hari, keranda baginda akan dibawa dalam perarakan penuh istiadat ke Katedral Oslo, dengan upacara dijadual bermula pada 1 tengah hari (1100 GMT).

Perarakan pemakaman kemudian akan diteruskan ke makam diraja di Gereja Istana Akershus berhampiran, tempat baginda akan dimakamkan.

Istiadat berkenaan akan diakhiri dengan upacara tertutup di gereja berkenaan.

Raja Harald V menaiki takhta Norway pada 1991 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja Olav V.

Anakanda baginda, Haakon kemudian menaiki takhta sebagai Raja Norway yang baharu.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement